Dua jenama fesyen besar Malaysia dan Indonesia menjalinkan kolaborasi bersama dalam koleksi telekung premium Buttonscarves x Siti Khadijah.
Dalam dunia fesyen Muslimah, inovasi telekung kian berkembang seiring dengan keperluan dan keinginan para pengguna yang inginkan keselesaan dan bahan kain yang tahan lama.
Keperluan kelengkapan solat untuk wanita Muslim ini didengari dua jenama fesyen besar Malaysia dan Indonesia, dalam merangka kolaborasi eksklusif iaitu koleksi bernama BUTTONSCARVES X SITI KHADIJAH: ULTRA FINE LACE PRAYER ROBE. Kolaborasi ini bukan hanya tentang estetika dan kenyamanan, tetapi juga tentang makna mendalam di sebalik setiap helai kainnya.
Keunggulan desain dan kualiti, koleksi telekung premium Buttonscarves x Siti Khadijah ini menjanjikan keselesaan hakiki dan kesejukan kepada pemakai.
Buttonscarves, dikenali dengan reka bentuk yang elegan dan moden, digabungkan dengan Siti Khadijah yang terkenal dengan kualiti telekung yang selesa dan praktis menjalinan kasih melalui koleksi telekung premium yang semestinya harus dimiliki.
Dengan menggunakan kain berkualiti tinggi yang lembut dan ringan, telekung ini memberikan keselesaan maksimum sambil beribadah. Rekaannya yang sederhana namun elegan menambah keanggunan bagi pemakainya, membuatkan mereka merasa lebih khusyuk dan tenang dalam melaksanakan solat.
Menggabungkan ciri Khadijah Comfy Flex dan Khadijah Ultra Fine, telekung ini direka anti bau yang fleksibel dan penutup dagu antibakteria yang memberikan keselesaan yang selesa. Paling unik tentang fabrik kali ini adalah ia menonjolkan inovasi fabrik yang lembut pada kulit, tahan kedut dan cepat kering.
LOGO BUTTONSCARVES
Logo Buttonscarves turut direka dalam koleksi telekung eksklusif ini, ia direka bentuk pada muka dahi dengan lekukan kemas hasil pelapik getah menggunakan bahan tinggi, menghalang helaian rambut daripada terkeluar.
Renda Khadura pada bahagian keliling telekung, turut dicipta menggunakan renda guipure, dengan kiraan jahitan tinggi dan benang halus menghasilkan struktur yang kukuh dan kehalusan yang sangat baik.
Didapati dalam saiz M dan L, telekung ini didatangkan dengan set pembelian ekslusif, iaitu Kotak Ekslusif, Pouch Bag dan Mini Sejadah. Berharga RM468, koleksi telekung ini punyai empat pilihan warna, Black, White, Blush Pink dan Pale Green.
Dapatkan Koleksi Buttonscarves x Siti Khadijah di semua stor fizikal Buttonscarves di seluruh negara dan stor dalam talian Buttonscarves Malaysia DISINI.
Baca: Elfira Loy Jalani Kehidupan Emily In Paris Dengan Koleksi Baharu Buttonscarves