Kerana bingkisan terbaik yang boleh anda berikan ialah masa.
Dalam banyak-banyak rekaan jam tangan terbaru GUESS ada satu rekaan yang pantas menangkap mata, dan rekaan tersebut ialah jam tangan yang tampil dalam rona merah samar dan Rose Gold. Ia mungkin adalah kombinasi rekaan yang cukup romantik; sebuah jam tangan dan aksesori yang menonjolkan gaya elegan dan romantis.
Tetapi ia bukan sekadar jam tangan yang cantik dipandang semata. Rekaan tali silikon berona merah samar dan bekas berona Rose Gold cukup sepadan dengan keliling jam yang berkilau berhias batu kristal. Anda pasti jatuh hati pada pandangan pertama.
Ia adalah hadiah paling sempurna buat kekasih hati anda… atau boleh juga dibeli buat diri sendiri kerana anda tidak perlu sebarang sebab untuk mencintai diri sendiri. Betul kan?