Koleksi Korlove
Koleksi ini mengetengahkan elemen romantik dan rock bandar, sesuai buat mereka yang berperwatakan romantis dan sensual serta berani. Didatangkan dalam emas 750 (18K) berona putih dan merah jambu bagi menggambarkan penyatuan cinta sejati serta didatangi dalam tiga saiz berbeza. Kontras warna yang sempurna menyerlahkan lagi kerlipan berlian dan rekaan menarik ini dapat menonjolkan aura wanita yang dominan.