Koleksi Let Me Out
Reka bentuk daripada koleksi ini diinspirasikan oleh tulisan kaligrafi yang beralun, melambangkan sifat feminin seorang wanita yang berani. Barangan kemas daripada koleksi ini bertatahkan berlian potongan ‘brilliant’ dan ditampilkan dalam dua rona iaitu emas putih dan emas merah jambu, sesuai untuk digayakan oleh setiap wanita tidak kira saiz dan umur.