Anda sudah menonton wayang 3D dan membeli set televisyen 3D, tetapi mahukah anda memakai kasut 3D? Tidak ramai yang melihat fesyen sebagai hasil seni sejati membuatkan Marla Marchant memperkenalkan sesuatu yang baru di dalam dunia fesyen. Dia mengambil langkah berani untuk menghasilkan kasut berkonsep seni 3D yang menggunakan produk berkayu, titanium dan cetakan 3D.
APABILA SENI DAN FESYEN BERGABUNG >>
Moden sungguh rekaan kasutnya namun begitu, Marla masih menggunakan teknik pembuatan yang lama dan kesemua kasutnya ini adalah hasil kerja tangannya sendiri. Marla merasakannya penting kerana dia mahu merasa dekat dengan ciptaannya lantas dia mahu terlibat dalam setiap proses pembuatan kasutnya untuk mendapat lebih kepuasan.
TIP BERJALAN KASUT TINGGI DENGAN SELESA >>
BAGAIMANA FESYEN BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN >>
Marla turut mengatakan pereka kini kurang mahir dari segi pembuatan kerana menyerahkan rekaan mereka bulat-bulat kepada pengilang. Kasut 3D ini mempunyai ketinggian 6 sehingga 11 inci. Persoalannya, selain Lady Gaga dan Didie Alias, siapa yang mahu mengenakannya?