Pemakaian aksesori mutiara dahulunya didominasi oleh golongan bangsawan tetapi kini menjadi pilihan oleh umum. Mutiara mampu menaikkan mood klasik dan elegan kepada si pemakai.
Gambar: www.cutetoe.blogspot.com
Tidak perlu sarat dengan aksesori lain, cukup sekadar anting-anting dan rantai sudah cukup untuk look of the day kamu.
Gambar: www.cutetoe.blogspot.com
Gambar: Kiri – mutiara air masin; kanan – mutiara air tawar
Terdapat dua jenis mutiara, iaitu mutiara air masin (salt water pearls) dan mutiara air tawar (fresh water pearls). Harga mutiara air masin lebih mahal dari air tawar kerana sukar untuk mendapatkannya berbanding mutiara air tawar. Mutiara air masin lebih berkilat berbanding air tawar. Cara paling mudah untuk mengetahui keaslian mutiara adalah dengan cara membakar mutiara itu, jika ia tidak cair bermakna mutiara itu adalah asli.
Cara menjaga aksesori mutiara:
- Elakkan daripada terkena minyak wangi, sabun, krim badan mahupun bahan peluntur.
- Elakkan mutiara daripada terkena peluh kerana ia boleh memberi tindak balas kimia terhadap warnanya.
- Bersihkan mutiara kamu setiap kali selepas memakai dengan kain lembut.
- Simpan di tempat yang kering dan elakkan menyimpan di tempat yang suhunya cepat lembap atau dalam tempat kedap seperti plastik kerana ia boleh memudarkan warnanya.
- Elakkan daripada memakai aksesori mutiara ketika melakukan sebarang aktiviti lasak.