Berbekal bakat juga kecantikan Americana, Margaret Qualley menakluki Hollywood serta pentas fesyen global.
Gadis asal Montana ini memang tuahnya cukup mudah. Debut filem Margaret Qualley adalah dibawah arahan Gia Coppolo yang bertajuk Palo Alto dan sebaris dengan Emma Roberts serta James Franco. Sesudah itu, Qualley mula berlakon dalam filem-filem yang ditayangkan khas buat festival filem berprestij. Pada 2019, Quentine Tarantino menyuntingnya buat watak Pussycat dalam cerita Once Upon a Time in Hollywood. Sejak filem itu ditayangkan, dia terus menjadi tajuk utama peminat filem bermutu tinggi. Juga, memberi impak pada dunia fesyen, kerana ia saling terinspirasi.
Dia banyak sudah berkolaborasi bersama jenama fesyen. Sebelum ini, Qualley pernah diikat oleh IMG Models dan jalan buat beberapa jenama antarabangsa seperti Alberta Ferretti dengan menggunakan nama Sarah Margaret Qualley. Selepas masuk ke dunia filem, dia dijadikan watak utama dalam beberapa kempen. Wajahnya pernah menghiasi kempen wangian World oleh Kenzo yang diarahkan oleh Spike Jonze. Juga empat kali muncul di kempen Kate Spade rakaman Inez & Vinoodh. Celine juga mengambil pelakon ini sebagai wajah kempen beg Chaine Maillon Triomphe pada 2019
Dia seterusnya diangkat oleh Chanel untuk dijadikan duta baru mereka. Pertama muncul buat kempen beg Chanel 19 yang dirakam oleh lensa Steven Meisel. Kemudiannya, muncul lagi buat kempen cermin mata, sebaris dengan duta Chanel lain seperti Angele dan Pharrell Williams. Baru-baru ini, Virginie Viard, Pengarah Artistik di Chanel memilih Qualley untuk dijadikan penutup persembahan adibusana musim luruh 2021. Dia dalam persalinan adibusana pengantin, yang mana busana penting dalam setiap persembahan haute couture.
GAYA CHIC CHANEL TERJEMAHAN MARGARET QUALLEY
Pautan Berkenaan: 10 Gaya ‘TRENDY’ Ala @aimeesong Yang Wajib Kamu Cuba