Aimee Song atau lebih dikenali sebagai @aimeesong di Instagram merupakan antara influencer fesyen yang terawal muncul. Mencetus fenomena baru dalam lapangan fesyen dan gaya hidup. Meraih perhatian dan pengaruh melalui tulisan blog ‘Song of Style’, sejak daripada itu Aimee mula menjadi tetamu tetap minggu fesyen. Gaya sehari-harian yang dikongsikan melalui media sosial turut menjadi perhatian, selain membentuk trend semasa juga rujukan para gadis.
Tidak diragukan lagi kalau Aimee memang sudah menjadi ‘pemimpin’ dalam hal fesyen semasa. Menetap di Los Angeles, Aimee yang juga seorang usahawan fesyen tak lokek berkongsi tip-tip berguna merangkumi fesyen, kecantikan dan gaya hidup.
Bagi yang sudah mengikuti Aimee, sama ada di Instagram atau YouTube, kamu pasti masih ingat dengan 10 langkah perawatan kulit, warna atau jenama gincu kegemarannya, hingga trend potongan rambut Aimee, ya dan kita semua turut mengikuti trend dan tips tersebut. Tak hanya itu, Aimee pun berhasil mempengaruhi soal lain yang mana mungkin untuk kita katakan “tidak”, apalagi dengan pakaian dan aksesori ‘stylish’ yang sering disarankan Aimee. She makes us want to be stylish like her.
Banyak sekali stail-stail unik Aimee yang muncul di feed media sosial kita dengan sesebuah penampilan, yang kemudian membuat item atau gaya dikenakan Aimee langsung mencetus trend. Jom semak sepuluh gaya ‘trendy’ dan terkini Aimee yang wajib cuba, apatah lagi kita bakal memasuki musim baharu.
- KARDIGAN SWEATER
Kardigan sweater bersiluet ‘chunky’ mula menjadi obsesi baru. Anak-anak muda mula menggilainya. Aimee menggayakan kardigan sweater bercorak plaid, menyempurnakan gaya senggangnya. Kamu juga boleh pakai gaya ini untuk penampilan bak gadis sekolah.