Malam yang penuh gaya, acara CFDA 2024 menyaksikan kehadiran para selebriti Hollywood yang cukup menangkap mata, masing-masing mempamerkan fesyen yang membawa elemen unik, menjadikan malam itu satu acara yang tidak akan dilupakan.
The Council of Fashion Designers of America (CFDA) 2024 berlangsung malam Isnin di American Museum of Natural History yang ikonik di New York City. Anugerah Fesyen CFDA ditubuhkan pada tahun 1980 dengan anugerah pertama diberikan pada tahun 1981. Anugerah ini menghargai dan mempamerkan kecemerlangan dalam reka bentuk fesyen. Anugerah Fesyen CFDA dicipta oleh Majlis Pereka Fesyen Amerika dan telah digelar “Oscar fesyen”.
Para selebriti yang hadir pada malam itu hadir dengan gaya yang cukup memukau dengan kombinasi keanggunan dan kreativiti.
Alex Cosani
Model of the year, Alex Cosani tidak pernah mengecewakan dalam gaya fesyennya. Alex hadir dalam gaun ‘sarung tangan’ hitam rekaan Area Fall/Winter 2024 ready-to-wear.
Taylor Hill
Taylor Hill, model yang cukup cantik di mata dunia hadir dalam mini gaun kembang berona putih dan meleret pada bahagian belakang.
Paris Hilton
Paris Hilton hadir dalam gaya floral rekaan Oscar de la Renta dan kasut tumit tinggi yang runcing rekaan Le Silla.
Tyla
Tyla, penyanyi yang penuh dengan aura hadir dalam gaun renda rekaan Gucci Spring/Summer 1996 ready-to-wear.
Addison Rae
Nama penyanyi Aquamarine, Addison Rae semakin melonjak naik dengan kreativitinya dalam pembuatan muzik dan bagi saya, dia layak. Addison Rae hadir pada malam itu dalam kustom rekaan Thom Browne.
Addison menyarung korset bersama mermaid skirt yang dipenuhi sequin. Dia memdadankan gayanya dengan tas tangan cegkerang, sesuai dengan judul lagunya yang baru keluar.
Nara Smith dan Lucky Blue Smith
Pasangan kegemaran seluruh dunia, Lucky Blue Smith dan Nara Smith juga hadir pada malam itu. Nara kelihatan sungguh elegen dalam rekaan Ralph Lauren Fall/Winter 2024 ready-to-wear dan aksesori Tiffany & Co. untuk melengkapkan gayanya.
Gaya Lucky pada malam cukup memberi kelainan daripada gaya sut di mana dia menyarung gaya formal kemeja dibaluti blazer dan memdankankannya dengan seluar jean dan but.
Troye Sivan
Troye Sivan, kegilaan semua jantina sering menang dalam gaya. Penyanyi ‘One of the Girls’ itu menyarung sut, juga menambah perisa gayanya dengan memakai baju renda dan sarung tangan kulit.
Kylie Jenner
Kylie Jenner, gayanya malam itu paling saya suka. Kylie menyarung gaun rekaan Jean Paul Gaultier Spring/Summer 2023 couture. Gaun bersisik, seperti burung gagak yang berani cukup membuatkan Kylie menyerlah.