Dari cross-body to shoulder bag, Puteri Aishah beraksi penuh gaya bersama helaian dan beg tangan terkini GUESS?
Tepat jam 11 pagi kami seisi kru berkumpul di Asly Studio untuk penggambaran bersama aktres, Puteri Aishah. Bekerja dalam suasana santai, dan pagi itu saya lihat Puteri hadir menyandang beg kecil di bahu dan tangannya membawa beg sedikit lebih besar berisi barang keperluannya yang lain.
Tas tangan terkini GUESS? kami susun cantik-cantik di atas sofa, Puteri tertarik pada beg kecil bermaterialkan fabrik warna biru satin. “Cantiknya yang ini,” ujarnya singkat. Kebetulan ada beg rekaan serupa tetapi dalam warna hijau. “Dua-dua cantik, tak tahu yang mana satu favourite,” sambungnya lagi sambil membelek kedua-dua beg yang saya sifatkan cukup trendy.
Bagaimana Puteri memilih rekaan beg tangan untuk dipadankan dengan penampilan setiap hari?
Selalunya Puteri akan padankan ikut padanan pakaian Puteri. Biasanya Puteri akan pilih warna yang sedondon dengan apa yang Puteri pakai, misalnya jika nak semuanya hitam, Puteri akan gayakan beg hitam. Jika mahu sedikit kontra, Puteri akan pilih warna beg yang berbeza warnanya dengan apa yang Puteri pakai. Dan ada masanya ikut situasi dan acara juga, jika ke set penggambaran biasanya Puteri lebih suka bawa beg yang lebih besar kerana lebih banyak barang boleh dibawa.
Apakah ciri beg tangan pilihan Puteri?
Puteri sukakan beg yang kecil hingga saiz sederhana. Dan Puteri suka beg yang ada dua tali, yang panjang dan pendek supaya Puteri ada opsyen untuk gayakannya. Puteri juga sukakan beg yang ada banyak compartment di bahagian dalam.
Apakah warna yang mendominasi koleksi beg tangan Puteri?
Jika dilihat balik sebenarnya banyak yang berwarna hitam kerana Puteri suka yang ringkas dan tidak suka yang terlalu berwarna-warni. Tapi masih ada yang berona terang kerana ada masanya Puteri suka juga bergaya sedikit bold.
Bagaimana pula dengan stail atau rekaannya?
Stail pilihan Puteri selalunya cross-body dan shoulder bag. Ini dua rekaan yang banyak dalam koleksi tas tangan Puteri. Dan Puteri senang menggayakan beg dengan menyilangkan talinya di badan, lebih selesa. Jika shoulder bag biasanya sandang di bahu saja atau mahu lebih santai Puteri jinjing sahaja.
Apa yang selalu diisi di dalam beg Puteri?
Keperluan asas seperti dompet, kunci kereta, sanitizer, krim tabir suria, cermin kecil dan gincu.
Koleksi beg tangan GUESS? yang anda lihat ini sudah pun berada di butik GUESS? seluruh Malaysia dan juga di departmental store seperti AEON, Pacific, Parkson dan SOGO. Boleh juga dapatkan secara dalam talian di guess.my