Anak kepada ikon pop ini tidak asing lagi dalam dunia peragaan antarabangsa. Dia pernah bekerjasama dengan nama-nama besar antaranya Parade x Juicy Couture, Gypsy Sport dan Stella McCartney. Dia juga terkenal atas keberaniannya menayang bawah lengan tidak bercukur dalam kempen Marc Jacobs.
Terbaharu, Lourdes terpilih sebagai salah seorang penghias kulit majalah Vogue edisi September 2021 bertemakan ‘Generation America: The Models Changing an Industry‘ di samping Bella Hadid, Kaia Gerber, Precious Lee, Anok Yai, Ariel Nicholson, Sherry Shi dan Yumi Nu.