Cahaya mata sulung Madonna, Lourdes Leon sekali lagi ditawarkan projek besar dalam bidang peragaan.
Lourdes dipilih sebagai wajah kempen Collection II Swarovski akan datang di mana ia berfungsi sebagai platform yang mewakili setiap budaya dan orientasi.
Menurut Swarovski, wajah dan koleksi terbaharu ini bertujuan untuk menghidupkan impian di seluruh dunia. Lourdes dipilih membintangi kempen ini kerana latar belakangnya yang mengagumkan.