BAGASI RIMOWA YANG KUKUH DAN BERKUALITI TERBUKTI MENJADI TEMAN ABADI KAUM JETSETTER SAAT KEMBARA. LENGKAPI GAYA KEMBARAMU DENGAN RANGKAIAN SOFT BAG SEBAGAI ITEM TAMBAHAN MULTIFUNGSI.
RIMOWA perkenalkan barisan beg lembut pelbagai guna dan bentuk yang dinanti-nantikan-RIMOWA Never Still. Koleksi bagasi ragam rupa yang mengutamakan keperluan mobiliti baru yang memenuhi keperluan pengembara masa kini. Reka bentuk kontemporari, multi fungsi, dan elegan untuk melancarkan perjalanan harian sama ada waktu bekerja mahupun kembara di destinasi luar.
Rangkaian soft bag RIMOWA Never Still, koleksi yang sempurna bagi anda yang sering berpergian singkat untuk urusan kerja mahupun liburan singkat bersama teman-teman. Ternyata, sebuah revolusi berpergian yang mengutamakan kefungsian, pada masa yang sama menyemat aspek stail masa kini.
Meletakkan fokus pada solusi baharu untuk meningkatkan dan memenuhi kehendak pasaran masa kini, RIMOWA melanjutkan rangkaian inovasi produk, ketukangan, dan pengetahuan industri yang kukuh. Pengenalan RIMOWA Never Still, menandakan cabang baharu dalam mengembangkan portfolio produk jenama dengan perspektif mewah yang baharu.
RIMOWA Never Still menjadi koleksi yang diperbuat daripada Itali dengan menerapkan konsep uniseks. Terlihat dari pilihan warna yang bervariasi, seperti hitam, kelabu, cactus dan Desert Rose yang cukup universal. Terdiri dari tiga produk berbeza yang direka untuk pelbagai kegunaan juga cita rasa.
Beg sandang, beg weekender dan beg dokumen Rimowa Never Still hadir dengan rekaan yang dinamik dan cukup bersahaja. Namun, terlihat aspek mewah pada beberapa bahagian tanpa perlu kelihatan menyeluruh.
Reka bentuk unik, direka khusus yang mempamerkan monogram dan logo RIMOWA, tali beg yang fleksibel supaya membolehkan pemilik meletakkan beg ke dalam bagasi utama mereka. Juga tag nama yang dikhususkan, dan palet warna yang sajak berpadanan dengan koleksi bagasi dari RIMOWA Essential. Diperbuat daripada bahan premium seperti kanvas anti air dan sentuhan kulit full-grain yang lembut dan halus.
Perjalanan kembara pastinya bertambah lancar dengan kelengkapan aksesori RIMOWA Never Still yang banyak kegunaannya.
#RIMOWANEVERSTILL
Artikel berkaitan: Zalora Bawakan COS, Pilihan Gaya Minimalis Malar Segar