Shalma Aina & Yaya Zahir, Jane Lau dan Juwei Teoh mencuri perhatian di Onitsuka Tiger Minggu Fesyen Milan SS24 pada bulan September lalu dengan penampilan yang ‘chic’ dan ‘edgy’.
Onitsuka Tiger di Minggu Fesyen Milan SS24 menciptakan gerakan fesyen yang tak terlupakan dengan kehadiran empat selebriti dan pempengaruh fesyen: Shalma Aina, Yaya Zahir, Jane Lau, dan Juwei Teoh. Mereka membawa nuansa segar dan inovatif dalam dunia mode, mencuri perhatian seluruh penghuni Minggu Fesyen Milan, dengan memperagakan koleksi terkini Onitsuka Tiger bersama jurugambar dari Singapura, Hans Goh @hansgoh.
Jenama warisan Jepun itu sebelum ini dilihat pertama kali membuat penampilan sulungnya di Minggu Fesyen Milan pada tahun 2021 di bawah arahan Andrea Pompilio, yang pada masa itu, bekerjasama dengan pengarah seni dan pereka Nowartt Toyoki Adachi untuk mengadakan pertunjukan landasan maya untuk koleksi FW21.
Sejak itu, Onitsuka Tiger telah berdedikasi untuk mempamerkan koleksi segar mereka di Minggu Fesyen Milan, termasuk koleksi SS24 baru-baru ini pada bulan September lalu dengan kehadiran selebriti Malaysia.
Gerakan elegan nan sporty mewah, Onitsuka Tiger kolaborasi kempen fesyen bersama selebriti Malaysia; Shalma Aina, Yaya Zahir, Jane Lau dan Juwei Teoh pada koleksi Minggu Fesyen Milan SS24.
Jane Lau, seorang model berbakat yang telah menjadi ikon gaya fesyen dan gaya hidup maya, mencuri perhatian dengan penampilannya yang memukau dengan busana labuh see-through dipadan bersama but yellow tinggi – karismanya yang tak tertandingi.
Yaya Zahir, seorang usahawan muda berbakat, menciptakan kegemparan dengan koleksi streetwear yang mewah. Inspirasi dari budaya pop dan elemen urban menghasilkan kombinasi yang tak terduga, menciptakan trend baru dalam dunia fesyen kasual. Yaya Zahir memadukan warna but yellow dan tekstur jaket hitam dengan cara yang belum pernah terlihat sebelumnya.
Juwei Teoh, seorang model dan pempengaruh terkenal, menambahkan dimensi artistik yang unik pada gaya busananya ini. Dengan keterampilan pemotretan yang luar biasa, Juwei Teoh mengabadikan momen-Onituska Tiger dalam sorotan busana potongan abstrak, bersama koleksi kasut baharu SS24, menggambarkan keindahan dan kekuatan ekspresi dalam dunia fesyen.
Shalma Aina, dengan kehadiran elegan yang mengagumkan, memikat penonton dengan gaya yang menggabungkan keanggunan moden dengan sentuhan sporty rich. Jaket labuh yang dipilihnya memancarkan standard baru dalam sentuhan peribadi yang memukau ditambah dengan koleksi kasut SS24.