Summer Of You bawa kita kembara jauh walaupun masih terbatas di negara sendiri!
Nampak untuk kita nikmati percutian musim panas di luar negara masih tidak dapat lagi tahun ini. Kita masih dalam situasi lockdown, mungkin jika diizinkan dapat bercuti ke luar negara nikmati musim salji. Tetapi janganlah jadikan ini alasan untuk tidak bersiap cantik buat diri sendiri. Dalam masa lockdown di rumah, boleh selak gaya apa yang Monki sedang tawarkan!
Malaysia pun sudah cukup hangat, sentiasa panas sepanjang tahun. Maka, baju-baju di Monki buat musim summer ini boleh digunakan sepanjang tahun! Alah membeli, menang memakai. Koleksi Summer of You menawarkan ceraian yang mudah digayakan tatkala berkembara. Buat kita di Malaysia, sarungkan sahaja di rumah! Biar minda membawa kita bercuti mengikut angan-angan.
Baju-baju yang dipersembahkan buat Summer of You adalah berunsurkan flowy, lebih mudah untuk kita bergerak. Selain itu, penggunaan rona semulajadi digubah lebih lembut. Untuk menaikkan lagi mood bercuti, koleksi ini menghimpunkan corak corak bunga tropika. Terasa bagaikan sedang nikmati mentari Hawaii walaupun hanya di Kuala Lumpur dalam look Summer of You ini.
Tatkala lockdown dan masih mahu berfesyen, Monki masih menjulang misi mereka untuk melestarikan alam sekitar. Caroline Carlryd, Ketua Pereka Monki berkongsi yang jenama ini akan terus fokus pada objektif jangka panjang mereka dalam hal kelestarian alam. Contohnya melalui koleksi ini enam item menggunakan fabrik Liva Reviva daripada Birla Cellulose. Satu material yang diperbuat menggunakan lebihan tekstil dan pulpa kayu.
Pautan Berkenaan: UNIQLO+LifeWear Dilancarkan, Tingkatkan Mutu Dan Prestasi Sukan