Setiap kali anda ke majlis perkahwinan, tentu baju kurung menjadi pilihan. Namun begitu, bagi Asmidar, baju kurung bukanlah pilihan utamanya apabila banyak gaya tradisional yang telah dimodenkan tersedia untuknya. Sememangnya penyanyi yang bakatnya dicungkil melalui rancangan realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa ini gemar mengenakan skirt berbanding seluar dan mungkin disebabkan itu, seluar palazzo yang kelihatan seakan-akan skirt ini menjadi pilihannya untuk ke majlis perkahwinan. Kami pasti gaya yang berlainan seperti Asmidar ini akan membuatkan anda menyerlah di majlis tersebut.
GAYAKAN TRENCH COAT ALA SUKI WATERHOUSE >>
Blaus labuh putih dan rantai dempak – POYA, Seluar Palazzo – BUTTONMYBUTTONS
TIP KECANTIKAN FAUZIAH LATIFF >>
Antara sebab mengapa anda perlu berfikir dua kali untuk mengenakan baju kurung ke majlis perkahwinan adalah peratusan untuk anda berpakaian sama dengan tetamu yang lain adalah sangat tinggi. Apa yang anda perlu lakukan adalah memadankan gaya daripada jenama yang berbeza seperti yang dilakukan oleh Asmidar di dalam gayanya di bawah ini.
Blaus besar – MIMPIKITA, Kain Pario – POYA, Beg Bimbit – BUTTONMY BUTTONS
**Lebih gaya ke majlis perkahwinan daripada Asmidar di halaman 56 EH! edisi perkahwinan keluaran Jun.