TRAVIS SCOTT

Travis Scott, bapa kepada Stormi Webster, tak dinafikan antara selebriti lelaki yang baru bergelar bapa paling bergaya. Scott cukup dikenali dengan memiliki banyak koleksi streetwear yang ‘rare’ dan vintaj. Sebab itulah, tiap kali muncul di mana-mana majlis dan karpet merah, Scott pasti kelihatan stylish. Jarang sekali muncul dalam gaya yang salah.
Scott kerap menggayakan stail yang bernada ‘luxe’ streetwear, yang membuktikan bijaknya dia menyuai padankan baju dengan koleksi sniker dan rantai yang bernilai ratus ribu dollar Amerika. Scott juga seorang yang menghargai sesuatu rekaan fesyen itu, maka itulah Travis Scott turut pernah dirakam memakai rekaan pereka-pereka fesyen seperti, Alexander Wang, Helmut Lang, Louis Vuitton dan Dior.