CHRIS HEMSWORTH
A perfect gentleman’s style. Stail Chris Hemsworth mendefinisikan gaya lelaki yang klasik, namun terlihat moden. Sewaktu menghadiri majlis, Chris ‘senang’ dengan gaya-gaya asas, seperti sut, kemeja putih dan kemeja T Polo yang berpotongan sempurna. Menonjolkan bentuk tubuhnya yang sasa tanpa kelihatan terlalu mencuba.
Grooming dan stail rambut juga menjadi keutamaan Chris. Pelbagai gaya rambut pernah dicuba Chris dan semuanya kelihatan ‘terletak’ pada wajahnya. Banyak tip fesyen dan grooming yang boleh didapati menerusi stail yang pernah Chris pamerkan. Chris pernah dilantik sebagai duta untuk kempen-kempen fesyen, termasuklah Hugo Boss.