BARACK OBAMA
One of the best dressed men in the world. Pada pendapat kami, bentuk tubuh yang fit sangat-sangat membantu untuk seseorang lelaki itu kelihatan stylish dalam apa jua gaya yang dipakainya. Hal ini terbukti dengan momen gaya yang pernah Obama tampilkan. Walaupun usia Obama sudah menjangkau 50-an, namun ia tidak langsung membuatkan Obama kelihatan tidak menarik.
Sedangkan, Obama selalu memakai baju-baju yang asas sahaja, nothing too extra, seperti sut, kemeja, seluar khaki, dan seluar slack, tetapi oleh kerana badannya yang fit, Obama always looks very stylish. Classy, sharp and fit– mendefinisikan stail Obama, yang patut menjadi rujukan setiap bapa khususnya seusia dengannya. Tip fesyen Obama yang lain, jagalah bentuk badan. Dia tentunya stylish father yang harus dicontohi.