RYAN GOSLING
Calon most stylish father seterusnya ialah Bintang la La Land. Ryan Gosling seorang bapa yang cukup ‘private’ mengenai kisah keluarga dan anak-anaknya. Hubungan cinta Ryan bersama Eva Mendes telah mengurniakan mereka dua anak perempuan yang bernama Esmeralda dan Amanda. Jarang sekali dapat melihat Ryan mendukung anak-anaknya, namun Ryan tidak pernah lekang mempamerkan gaya-gaya yang stylish. Terutamanya, sewaktu ke majlis-majlis filem, seperti di Cannes Film Festival atau Oscars. Boleh dikatakan, Ryan seorang pencinta fesyen. Untuk majlis yang sedikit santai, Ryan lebih suka pakai sesuatu yang kasual tetapi ‘refined’. Manakala, majlis yang bertema formal atau berprestij, Ryan akan pilih gaya yang klasik. Tuxedos are always his choice.