COLOURS ALL THE WAY
Ada segelintir gadis berhijab rasa segan untuk cuba mengenakan celana berwarna. Terutamanya warna-warna pop. Alasan biasa kedengaran ialah bimbang terkesan ‘over’. Yang sebenarnya, jika betul penggayaannya tentu sahaja tampak stylish. Bukan jelik. Not just that, but you will look fresh and young.
Saat kamu memutuskan untuk mengenakan pakaian serba warna-tapi tidak ingin terkesan ‘over’-triknya adalah dengan menerapkan teknik layer atau kontra pilihan warna yang betul. Kenakan kemeja atau blaus lembut nuansa warna yang sama lalu mengombinasikannya dengan blazer atau celana warna yang unik potongan atau perinciannya. Ini adalah cara termudah untuk tampil stylish dan betul.
Seperti influencer hijabi @rafidaaaaaaaah, dia bijak menggayakan warna-warna melalui stail hariannya. Warna hijau yang dipilihnya juga cukup menarik, muda dan merefleksikan personalitinya. Now it’s your turn.