Saya takkan lupa pengalaman saya curi-curi masuk ke ruang legar pintu masuk tetamu VIP di pertunjukan yang menjadi buah mulut ini. Awalnya sekadar mahu melihat dekorasi atau set up di ruang lain, dalam sedang asyik berjalan memerhati dekorasi yang berilhamkan apartment Coco Chanel di Rue Cambon itu, saya terlihat sepasukan jurugambar profesional sedang merakam aksi Caroline De Maigret yang sedang asyik beraksi di atas sofa.
Dari situ saya mula sedar itulah ruang masuk untuk tetamu VIP. Saya terus berdiri berhampiran pintu masuk dan dari situ saya dapat merakam video para selebriti ternama ini melangkah masuk ke ruang pertunjukan yang berlangsung di Grand Palais.