Hakikatnya semua orang boleh menguasai pelbagai bahasa yang kita mahukan, pokok pangkalnya semua berbalik kepada usaha untuk mempelajarinya. Ini dia 10 cara untuk kuasai bahasa asing yang boleh anda praktikkan.
Hari ini, bahasa yang semestinya dikuasai oleh setiap orang selain dari bahasa ibunda adalah bahasa Inggeris. Tetapi jika anda boleh bertutur dalam bahasa asing yang lain, ia ibarat satu kelebihan bagi diri seseorang itu.
Sebenarnya, dengan mempelajari dan menguasai bahasa asing yang ketiga ia membuka lebih banyak peluang pekerjaan buat anda, apatah lagi jika di luar negara yang menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa utama.
Seperti mana seorang pekerja wanita di Jabatan Pengangkutan Awam di Perlis baru-baru ini dikatakan kian popular gara-gara sebuah video dirinya yang dirakam sedang membantu dua orang pelajar dari China dengan menggunakan bahasa Mandarin.
10 tip ini mampu membantu anda untuk mempelajari dan menguasai bahasa ketiga dengan mudah.