Ketahui kebaikan serta khasiat yang ada dalam rempah, herba dan juga bahan yang bukan saja menjadikan masakan enak tetapi juga membantu kesihatan anda.
Gambar: Shutterstock
Anda pasti sudah arif dengan khasiat yang terkandung dalam kebanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga bahan makanan lain tetapi jarang ambil tahu berkenaan rempah ratus yang menjadi bahan perisa dalam amalan pemakanan seharian kita.
Bagi menu orang Asia, tentunya penggunaan rempah dan herba antara satu kemestian dalam hidangan lazim seperti rendang, kari, acar sehinggalah penyediaan kuih muih tradisional. Secara tidak langsung, rempah yang dibawa dan diperkenalkan oleh saudagar India ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dulu, ada kebaikannya dan EH! senaraikan beberapa jenis yang sering anda gunakan dalam masakan.