Asal ingin makan Sukiya sahaja, pasti restoran sudah penuh dan terpaksa beratur panjang. EH! jangan risau, kerana 4 lokasi ini juga menyediakan makanan seperti Sukiya yang lagi baik, sedap, murah dan tidak perlu beratur!
Sekarang ini, tempat makanan bufet Jepun menjadi pilihan kekasih, keluarga dan rakan meluangkan masa pada hujung minggu. Tempat yang terhad dengan jumlah yang padat hadir di restoran membuatkan Sukiya antara restoran bufet Jepun yang popular dan sering tular di media sosial. Namun disebalik popular ini, anda perlu beratur selama 30 sehingga 40 minit untuk mendapatkan meja makan kosong yang seterusnya. Ini boleh mengubah mood lapar anda kepada perasaan tidak sabar dan marah. Jadi, mari tukar dan bergerak ke 4 restoran bufet Jepun ini, rasa dan pengalaman yang seakan sama yang anda perlu cuba.
Tunggu apa lagi? Jom serbu 4 lokasi bufet seperti Sukiya yang anda perlu cuba!
1. Samurai Yakiniku, Bangi.
@ariey.jojo Kenapa la aku baru tahu @samuraiyakiniku ada buffet set unlimited refill? Berbaloi giler weh 🤯 Makanan pun sedap. Nak repeat! #MakanLokal #MYFoodie #MakanEmoji
Samurai Yakiniku menyediakan pelbagai hidangan Jepun yang lazat dan harga yang berpatutan pada menu mereka. Antara hidangan popular mereka ialah Samuraidon yang berharga RM 19.37. Hidangan mangkuk nasi ini menampilkan campuran bahan berperisa seperti daging, sayur-sayuran dan nasi yang dimasak dengan sempurna. Terdapat bufet ayam yang rangup dan lembut diperap dengan rempah asli Jepun yang pastinya akan membuatkan selera anda naik dan teringin untuk mendapatkan lebih banyak lagi.
Lokasi: C-11-G Bangi Gateway Shopping Complex Persiaran Pekeliling Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 11.00 pagi sehingga 11.30 malam.
2. BBQ Town, Mid Valley.
@keynaaa_azami Kalau tahu cara makan kat sini mmg lagi sedap dari sukiya hehe #bbqtownmidvalley
♬ Loose & cute & heartwarming everyday scene songs(902158) – ruha(Pastel Tone Music)
BBQ Town ialah restoran gaya bufet yang menggabungkan BBQ dengan shabu-shabu, menghidangkan menu daging lembu dan kambing Australia tanpa had, sushi dan sayur-sayuran. Antara menu menarik yang kalian perlu nikmati ialah rasa sup ayam konbu yang dimasak selama enam jam, penuh dengan jus daging panggang yang melimpah dari gril berbentuk kubah dengan alur sedut asap yang membuatkan kalian seakan di berada dalam drama Korea.
Lokasi: S025, 2/F, 59200 Mid Valley Megamall, 1, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11.00 pagi sehingga 10.00 malam.
3. Mukbang Tteokbokki Buffet, Mytown.
@thefoodiegeng 📍 [HALAL/MUSLIM FRIENDLY] Mukbang Tteokbokki Buffet, Mytown ✨ 100% my fav korean buffet 😭 so worth it and service is 11/10!! they also source ingredients from halal suppliers 🥳 @mukbang.mytownkl #exploreexploremalaysia #fypfypfmyfoodiefklfoodieteatdrinkklofoodhuntingmalaysiaktok #fypシ #mukbangtteokbokkibuffet #kualalumpur
Ya! Hanya RM29 sahaja! Tiada had makanan dan anda boleh melakukan mukbang di restoran tanpa perlu risau. Keenakan snek seperti fries, bebola sushi, ayam pedas Korea dan banyak lagi makanan halal tradisional sangat mengiurkan dan ramen yang digilai juga ada.
Lokasi: Mytown shopping mall, Myground G-012E, Mytown, No6, Jalan Cochrane, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
4. Restoran AHA, IOI Mall.
@fhazilanasir Replying to @anna rahim 🦋 Unlimited daging & kambing slice 🤤 📍AHA Restaurant, IOI City Mall 2 #MakanLokal #FoodFestonTiktok #MYFoodie #foodreview #fyp
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Berlokasi hanya di IOI, AHA restoran menghidangkan promosi tidak terhad (unlimited) dengan pelbagai hidangan sampingan yang menarik. Jika anda inginkan steamboat, terdapat 18 hidangan pakej sekali yang tersedia dan boleh ditambah banyak kali tanpa harga tambahan. Termasuk dengan dua jenis pilihan air, anda boleh tambah tanpa harga tambahan.
Lokasi: LG-241 & 243, IOI City Mall 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
Waktu Operasi: 10.00 pagi sehingga 10.00 malam