1. Glamz at Genting, Pahang
Jika anda sedang mencari pengembaraan glamping jauh dari bandar, ini adalah lokasi most wanted – Glamz at Genting Highlands, penginapan yang harus anda cuba inap. Dikelilingi rasa cuaca sejuk dan alam semula jadi yang tenang, Glamz sesuai untuk pasangan kekasih baru kahwin ataupun buat seisi keluarga. Terletak di hujung bandar Genting, tempat ini kaya dengan permandangan bintang berkilauan di kaki bukit Genting Highlands, rumah persinggahan gaya glamping untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar.
Lokasi: 1, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang