Tidak kira hujan atau tidak, jadikan hujung minggu anda lebih bermakna dengan mengujungi taman tema ekstrem yang membolehkan anda menikmati pengalaman indoor yang hebat, serta memberikan keseronokan dan kegembiraan yang tidak dapat dilupakan.
Hujung minggu memberi kita peluang yang berharga untuk meluangkan masa berkualiti bersama tersayang. Sama ada anda gemar mengunjungi kafe atau meneroka perkara lain yang boleh dilakukan bersama rakan anda, tiada apa yang mengatasi pengalaman menghabiskan masa bersama di taman tema. Hujan atau tidak, anda masih boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan di lima taman tema indoor ini.
5 Lokasi Taman Tema Ekstrem Yang Wajib Anda Kunjungi Hujung Minggu Ini;
1. SuperPark Malaysia
SuperPark menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua dengan mencipta kenangan bersama keluarga atau rakan-rakan dalam suasana yang penuh kegembiraan dan aktiviti yang menyeronokkan. Di SuperPark, anda dapat menikmati pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur. Dari aktiviti yang mendebarkan hingga aktiviti yang lebih santai termasuk, melayang di udara dengan flying fox, pengalaman di trek kereta pedal, meluncur di gelongsor tiub dan berseronok di kawasan permainan trampolin.
2. NextGen
Terletak di One Utama, NextGen menawarkan lima zon menarik untuk pengunjung yang ingin menghabiskan hujung minggu mereka dengan aktiviti yang menyeronokan dengan meneroka taman permainan kanak-kanak, cabaran permainan ninja, keseronokan di zon arked yang penuh warna, melompat di atas trampolin, pengalaman eSports seperti PlayStation dan menyanyi di bilik karaoke yang disediakan.
NextGen juga turut menyediakan pengalaman kuliner yang memuaskan di NextGen Cafe, untuk anda menjamu selera selepas hari yang penuh keseronokan. Di sini, anda dapat menikmati pelbagai jenis menu yang lazat dan memuaskan, mencipta kenangan manis sambil berbual-bual dan bersembang bersama keluarga.
3. Jumpstreet
Merupakan taman trampolin indoor pertama di Malaysia, Jump Street adalah destinasi yang sempurna untuk anda menghabiskan masa berseronok. Dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan, Jump Street tidak hanya menjanjikan pengalaman yang mengujakan terapi, setiap detik disini dijamin akan membangkitkan kegembiraan kepada pengujung. Antara tarikan yang tersedia termasuk pengalaman menyeronokan dengan foam pit, slam-dunk, dodgeball, zip line, velcro fly wall dan banyak lagi!
4. Xction Xtreme Park
Menawarkan pengalaman yang serba lengkap dengan aktiviti-aktiviti yang pasti menarik hati dari semua peringkat umur, Xction Xtreme Park juga menjadi destinasi yang ideal untuk keluarga atau rakan-rakan yang ingin berkumpul dan bersantai bersama. Terletak di Sunway Velocity Mall, setiap sudut di sini pasti memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada pengunjung dengan pelbagai pilihan aktiviti yang menghiburkan.
5. ESCAPE
Jika anda sudah biasa dengan taman tema ESCAPE di Pulau Pinang, anda pasti teruja dengan taman tema indoor di ESCAPE yang terletak di Paradigm Mall Petaling Jaya. Di sini, anda boleh menjangkakan pelbagai halangan yang menguji ketahanan dan kecekapan fizikal anda, dari jambatan tangga yang mencabar hingga ke meluncur di gelongsor tiub. Membawa konsep keseronokan luaran ke dalam suasana dalaman, ESCAPE membolehkan pengunjung menikmati pengalaman melompat dan memanjat tanpa perlu bergantung kepada cuaca.
Artikel Berkaitan: 6 Idea Aktiviti Dan Tempat Menarik Untuk Hujung Minggu Anda