Bukan sekadar senaman, pilates adalah kunci kepada peningkatan kekuatan, kelenturan, dan keseimbangan tubuh badan. Maka, tidak hairanlah jika ia telah menjadi pilihan yang popular dan ‘trendy’ untuk meningkatkan kualiti kecergasan.
Pilates bukanlah perkara yang baharu. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat semakin ramai terutamanya selebriti, yang tertarik dengan kebaikan pilates. Bagi mereka yang memiliki jadual kerja yang padat, pilates menawarkan solusi yang terbaik, memberi keupayaan untuk menangani tantangan kehidupan profesional dengan penuh yakin. Jika anda yang ingin mencuba pilates tetapi masih ragu tentang manfaatnya, EH! telah menyenaraikan 5 kebaikan senaman pilates untuk kesihatan badan anda.
Semak 5 Kebaikan Senaman Pilates Untuk Kesihatan Badan Anda;
1. Membentuk Posur badan yang betul
Bagi mereka yang berkerja dalam keadaan duduk yang lama atau mengalami tekanan pada bahagian belakang, pilates memberikan penyelesaian yang efektif. Gerakan perlahan dan terkawal dalam pilates melibatkan otot-otot yang mungkin kurang aktif ketika duduk dapat meningkatkan kelenturan sendi dan rentang pergerakan. Bagi yang mengalami kesakitan pada bahagian belakang, senaman ini adalah penyelesaian yang sangat baik.
Jika anda menghadapi masalah ini, lakukan senaman pilates di hari minggu dapat memberikan kelegaan. Dengan melakukan pilates secara konsisten, anda tidak hanya meningkatkan kelenturan tubuh dan postur badan yang selari, tetapi juga memberikan sokongan yang efektif kepada kesejahteraan bahagian belakang anda.
2. Memperbaiki Penafasan
Pilates terkenal dengan penekanan pada pernafasan terkawal dan mendalam setiap kali bergerak. Apabila anda melakukan pilates, ia dapat membantu anda bernafas dengan lebih baik, menurunkan tekanan darah, dan membuat darah anda mengalir. Teknik pernafasan yang betul boleh menjadikan paru-paru anda lebih kuat dan membantu anda mendapatkan lebih banyak oksigen.
Dengan memberi perhatian kepada teknik pernafasan yang betul, anda boleh meningkatkan keberkesanan sistem pernafasan, membawa lebih banyak oksigen ke dalam darah dan meningkatkan fungsi paru-paru anda secara keseluruhan. Ini membantu mewujudkan rutin senaman yang lengkap dan menyeronokkan yang memberi impak besar kepada kesihatan fizikal dan mental anda.
3. Meningkatkan Kualiti Tidur
Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur,t idak ada yang lebih baik daripada melakukan pilates untuk membantu anda mencipta suasana yang lebih tenang dan memudahkan proses tidur. Keseimbangan antara gerakan fizikal dan kesedaran mental dalam pilates menjadikannya pilihan senaman yang efektif untuk meredakan stress, yang sering menjadi punca masalah tidur.
Melakukan senaman ini pada waktu pagi atau tengah hari juga memberikan impak positif kepada pola tidur anda. Senaman pada waktu ini dapat meningkatkan tenaga dan ketajaman mental sepanjang hari. Dengan rasa lebih bertenaga dan tenang, proses tidur pada waktu malam dapat menjadi lebih mudah dan lebih nyenyak.
4. Meningkatkan Tahap Fokus
Senaman pilates melibatkan elemen meditasi dan kesedaran yang dapat membantu menenangkan minda. Dengan melakukan pilates, anda mampu meningkatkan tahap fokus melalui latihan fizikal dan mental. Peningkatan fokus ini tidak hanya memberi manfaat semasa latihan, tetapi juga memberikan impak positif dalam aktiviti harian dan kehidupan harian anda.
Oleh itu, ia bukan hanya senaman untuk tubuh, tetapi juga latihan untuk minda. Peningkatan tahap fokus ini membawa kelebihan seperti peningkatan produktiviti dan kreativiti. Dengan komitmen yang konsisten, pilates dapat menjadi satu kaedah ysng efektif untuk meningkatkan kesedaran dan fokus, memberikan manfaat sepanjang hayat.
5. Meningkatkan kualiti seks
Pilates tidak hanya meningkatkan kualiti seks, tetapi juga memberikan impak pada hubungan intim anda. Fokus pada otot pelvis dan lantai pelvis melalui Pilates dapat meningkatkan sensitiviti dan kekuatan di kawasan tersebut. Ini tidak hanya memperbaiki keintiman seksual, tetapi juga menyumbang kepada pengalaman seksual yang lebih memuaskan, membangun hubungan yang lebih intim.
Wanita yang mengamalkan pilates memperoleh otot pelvik yang kuat mendapati proses kelahiran menjadi lebih mudah. Ketika melahirkan, otot-otot pelvik yang kuat dapat membantu dalam mendorong bayi keluar dengan lebih mudah. Manfaat ini juga dapat memberi sokongan tambahan kepada wanita yang cuba hamil. Otot lantai pelvik yang kuat dapat meningkatkan kesuburan dan memudahkan perjalanan sperma menuju rahim, membawa kesan positif yang melampaui bilik tidur, dan manfaat kesihatan yang seimbang.
Artikel Berkaitan: 5 Studio Pilates Terbaik Untuk Dikunjungi Di Sekitar Kuala Lumpur