Luangkan masa berkualiti bersama orang tersayang dengan staycation paling ‘in’ untuk menyambut tahun baharu! Sama ada untuk berehat daripada rutin harian atau meraikan detik istimewa secara santai, penginapan di hotel selesa dan mewah adalah cara sempurna memulakan tahun baharu dengan kenangan manis.
Sambutan tahun baharu tidak semestinya memerlukan perancangan besar atau acara mewah. Kadangkala, hanya dengan menginap di tempat yang tenang dan menyenangkan, menikmati layanan mesra serta persekitaran yang indah, anda sudah boleh mencipta momen-momen yang bermakna bersama keluarga, pasangan atau rakan-rakan.
Untuk memudahkan anda merancang penginapan yang ideal, berikut ialah senarai hotel pilihan yang menawarkan pengalaman penginapan yang seronok! Dari resort tepi pantai hingga hotel bandar yang elegan, setiap pilihan ini direka untuk memastikan anda memulakan tahun baharu dengan keselesaan, ketenangan, dan kenangan yang tidak akan dilupakan.
Lexis Hibiscus Port Dickson
Lexis Hibiscus Port Dickson ialah resort keluarga mewah di tepi laut, diinspirasikan oleh bunga kebangsaan Malaysia, Hibiscus. Dengan rekaan moden dan pemandangan laut yang memukau, ia menawarkan pengalaman percutian yang elegan dan penuh ketenangan.
Terletak di Pantai Pasir Panjang, hanya sejam dari Kuala Lumpur, resort ini sesuai untuk keluarga, pasangan atau sesiapa yang ingin berehat. Memegang dua Rekod Dunia Guinness untuk jumlah kolam renang dan vila atas air terbanyak, Lexis Hibiscus menempatkan 639 vila kolam renang, lengkap dengan kolam peribadi, katil king dan bilik stim untuk pengalaman yang mewah dan privasi maksimum.
Tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa, serta aktiviti rekreasi seperti sukan air, spa dan bersantai di pantai. Lexis Hibiscus Port Dickson memang tempat sempurna untuk percutian tahun baharu yang penuh gaya dan kenangan indah.
The Millen Pulau Pinang
The Millen menawarkan pengalaman penginapan luas dengan bilik tidur dan ruang tamu berasingan, lengkap dengan perabot moden, kemudahan pintar dan tab mandi yang menarik perhatian. The Millen Sleep Specials menambah keselesaan untuk pengalaman yang lebih santai.
Terletak di bekas kawasan kediaman mewah Northam Road, yang pernah digelar Millionaire’s Row, The Millen berdiri sebagai mercu tanda sejarah dan kemewahan, menggabungkan warisan George Town dengan perkembangan moden di CBD kedua pulau ini.
Fasad emas ikonik dan suite bersaiz besar menjadikan The Millen terkenal di kalangan keluarga, pengembara perniagaan dan pelancong. Selepas transformasi besar-besaran pada 2025, hotel ini kini sebahagian daripada Autograph Collection Hotels, menawarkan pengalaman unik dan meninggalkan kesan yang tak terlupakan, benar-benar Exactly Like Nothing Else.
Imperial Lexis Kuala Lumpur
Imperial Lexis Kuala Lumpur ialah pilihan tepat untuk menyambut tahun baharu, menawarkan pengalaman penginapan lima bintang yang terasa seperti pulang ke rumah sendiri. Bangunan pencakar langit setinggi 53 tingkat bersalut kaca ini menempatkan bilik, suite mewah serta kediaman servis yang luas, sekali gus menjadi antara mercu tanda moden yang menyerlah di latar langit Kuala Lumpur.
Tetamu boleh meninggalkan kesibukan kota dan menikmati suasana yang lebih tenang di sini. Setiap bilik direka luas dengan sentuhan moden dan mewah, lengkap dengan kolam renang peribadi di setiap bilik dan suite servis, sesuai untuk berehat dan menikmati detik santai sambil disinari cahaya bandar, terutamanya menjelang sambutan tahun baharu.
Lebih istimewa, pemandangan bandar Kuala Lumpur yang menakjubkan dapat dinikmati dari hotel ini, termasuk mercu tanda ikonik seperti Menara Berkembar Petronas, Menara KL dan Merdeka 118. Inilah sebabnya Imperial Lexis Kuala Lumpur wajar tersenarai sebagai antara hotel pilihan tahun baharu, menawarkan gabungan kemewahan bandar, keselesaan dan lokasi strategik untuk memulakan tahun yang baharu dengan penuh gaya.
Park Hyatt Kuala Lumpur
Park Hyatt Kuala Lumpur menawarkan pengalaman penginapan mewah di puncak Merdeka 118, pencakar langit tertinggi di Asia Pasifik. Dari tingkat paling tinggi, tetamu dapat menikmati pemandangan bandar yang tiada tandingan sambil diselubungi ketenangan dan keanggunan yang diinspirasikan oleh warisan budaya Malaysia.
Hotel ini menempatkan 252 bilik luas, termasuk 27 suite, direka dengan gabungan elegan rekaan kontemporari dan elemen warisan tempatan. Setiap ruang menawarkan keselesaan mewah dan panorama menakjubkan ibu kota, sementara koleksi seni yang dipilih rapi serta hidangan oleh cef bertaraf dunia menambah pengalaman yang halus dan berkelas, menjadikan penginapan di sini benar-benar istimewa.
St. Giles Hotels, Johor Bharu
Rasakan pengalaman rumah kedua anda di St. Giles Hotels, di mana keselesaan dan kemudahan sentiasa diutamakan. Nikmati layanan mesra yang hangat, diinspirasikan oleh tradisi hospitaliti Asia yang klasik. Setiap lokasi hotel menawarkan kedudukan pusat bandar yang strategik, lengkap dengan bantuan dan panduan tempatan daripada pasukan kami. Dengan menginap di sini, anda bukan sahaja meneroka jiwa bandar, tetapi juga menyokong program Hotels with Heart, yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.
















