1. Rasa muda kembali.
Ramai lelaki tua tidak menafikan bahawa mereka akan berasa tertekan kerana peningkatan usia dan mereka masih mahukan ‘night out with the boys’ setiap malam malah ingin menikmati waktu muda yang tidak terluang dahulu. Hal ini menyebabkan mereka mencari seorang wanita yang lebih muda untuk bergaul mengisi kekosongan dalam diri mereka.
Namun tidak semua lelaki bersikap begini, menyukai idea atau tidak mempunyai kesedaran bahawa mereka semakin tua. Hanya segelintir lelaki tua sahaja suka terlibat dengan keseronokan wanita yang lebih muda kerana ia membantu mereka mengambil bahagian dalam aktiviti terkini dan menjadi sebahagian daripada trend baharu. Ia membuatkan dia berasa cergas dan rasa lebih muda di hati.