1. Hubungan tidak maju.
Setiap hubungan Yang Normal akan melalui pelbagai fasa yang berbeza dan cabaran turun-naik. Daripada awal perkenalan, kepada perkenalan serius antara kawan dan keluarga rapat hingga kepada peristiwa istimewa mencipta kenangan manis bersama, ia adalah perhubungan bergerak ke hadapan. Jika anda mendapati pasangan sedang berusaha untuk mengenali hati anda untuk keperingkat seterusnya, itu adalah green flags.
Namun, jika pasangan mengelak untuk berbicara sesuatu yang serius, perkara pertama anda perlu lakukan adalah berikan si dia masa yang strategi dan lihat bagaimana ia membawa anda. Jika pasangan masih selesa untuk berkenalan sahaja, mungkin anda perlu move on.