1. Rancang Jadual.
Rancang harian anda lebih awal adalah teknik ideal untuk mendapatkan work-life balance. Menggabungkan aktiviti kerja dengan aktiviti masa lapang seperti sosial atau kecergasan membantu anda untuk memiliki kehidupan yang sihat dan positif. Jika anda mendapati diri anda mempunyai beberapa mesyuarat maya atau kerja fizikal secara berturut-turut dalam seminggu, cuba curi masa untuk berjalan diluar atau belanjakan diri kopi, yang pasti ia sesuatu yang menggembirakan anda. Cara ini membantu anda untuk menghargai setiap momen tanpa tekanan dan mengambil erti positif disebalik tekanan yang datang.