1. Pelepasan Gaya Hidup
Pelepasan gaya hidup membolehkan anda menuntut sehingga RM2,500 bagi perbelanjaan ke atas pembelian buku, komputer, peralatan sukan dan yuran langganan internet. Ini juga termasuk pembelian alat bantu pembelajaran yang meningkatkan gaya hidup dan kecergasan.
2. Pelepasan Insurans Pendidikan dan Perubatan
Pelepasan ini membolehkan anda menuntut sehingga RM3,000 bagi premium yang dibayar untuk insurans pendidikan dan perubatan. Ini termasuk insurans yang diambil untuk anak-anak atau tanggungan lain.
3. Pelepasan Peralatan Perubatan
Jika anda membeli perubatan untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak yang mempunyai penyakit tertentu, anda boleh menuntut pelepasan sehingga RM6,000. Pelepasan ini meliputi perbelanjaan perubatan termasuk peralatan seperti kerusi roda, alat bantu pendengaran, atau peralatan lain yang disarankan oleh doktor. Simpan resit untuk bukti pembayaran.
4. Pelepasan Insurans Nyawa dan KWSP
Anda boleh menuntut pelepasan sehingga RM7,000 bagi caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan insurans nyawa. Ini merangkumi gabungan caruman KWSP dan premium insurans nyawa yang dibayar sepanjang tahun.
5. Pelepasan Ibu Bapa
Jika anda menyara ibu bapa yang berusia lebih 60 tahun dan mereka tidak mempunyai pendapatan lebih dari RM2,000 sebulan, anda boleh menuntut pelepasan sehingga RM8,000. Ini adalah sebagai pengiktirafan kepada pembayar cukai yang menyara ibu bapa mereka.
6. Pelepasan untuk Anak-anak
Anda boleh menuntut pelepasan tambahan bagi anak-anak (jika sudah punyai anak), bagi setiap anak di bawah umur 18 tahun, anda dibenarkan menuntut RM2,000 setiap tahun. Jika anak-anak sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT), pelepasan sebanyak RM8,000 akan diberikan bagi setiap anak yang berumur lebih 18 tahun.
7. Pelepasan Zakat
Pembayaran zakat kepada institusi zakat yang diiktiraf oleh kerajaan boleh ditolak daripada cukai pendapatan. Ini termasuk zakat pendapatan, zakat perniagaan dan zakat simpanan. Zakat boleh dikira sebagai pengurangan langsung terhadap jumlah cukai yang perlu dibayar. Semakin banyak dan konsisten zakat, semakin sedikit cukai dibayar.
Baca : 5 Aplikasi Jejak Lokasi Untuk Pasangan & Orang Tersayang