Tutup Pintu
Mungkin ada sesetengah daripada anda yang gemar membuka pintu bilik ketika tidur kerana mudah untuk mengawasi dan mendengar suara anak, namun pintu yang terbuka akan mempercepatkan api untuk merebak ke dalam bilik sekiranya berlaku kebakaran. Oleh itu, anda digalakkan untuk menutup pintu bilik agar anda mempunyai lebih banyak masa untuk menyelamatkan diri.