Rasai Panas Pintu Sebelum Dibuka
Jika anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, anda perlu berhati-hati ketika membuka pintu bilik. Cuba rasa haba daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Jika ia terasa panas, jangan buka pintu dan cuba cari jalan alternatif yang lain, namun jika pintu itu tidak panas, maka anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan dan berhati-hati. Ini adalah untuk mengelakkan daripada terkena api atau asap yang biasanya akan memenuhi bah