Elakkan Penggunaan Jerijil
Cuba elakkan penggunaan jerijil besi pada tingkap atau pintu rumah kerana ini akan menyukarkan anda untuk menyelamatkan diri anda jika anda terperangkap dalam kebakaran. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jerijil tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.