Keluar Ikut Tingkap
Jika laluan utama terhalang oleh api marak, anda boleh cuba menyelamatkan diri melalui tingkap. Sebelum anda membuka tingkap, pastikan pintu bilik tertutup rapat bagi mengelakkan api dari merebak. Keluarkan kaki dan cuba rendahkan diri lalu keluar melalui tingkap secara membelakang. Bergayut sebentar pada sisi tingkap dan kemudian terjun ke bawah. Keluarkan anak anda dengan cara menghulurkan mereka ke bawah sekiranya ada orang yang membantu. Tetapi jika tidak, anda boleh cuba turunkan anak ke paras bawah sejauh yang mungkin dengan berhati-hati.