Terperangkap Di Tingkat Atas
Jika anda berada di paras yang melebihi tingkat satu, maka anda tidak boleh keluar melalui tingkap kecuali turun dengan menggunakan tangga, melalui beranda, pokok, garaj kereta ataupun tunggu segingga ketibaan anggota Bomba untuk menyelamatkan anda. Buka tingkap agar udara bersih boleh masuk dan asap boleh keluar. Tutup ruang bawah pintu dengan menggunakan cadar, selimut, tuala dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke ruang bilik. Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap dan suluh dengan lampu picit atau kibarkan kain berwarna putih agar pasukan penyelamat dapat mengesan kedudukan anda.