Hormati bulan yang mulia ini bukan hanya dengan berpuasa, malah dari segi adab juga perlu dijaga.
Ramadan hanya tiba setahun sekali menuntut kita untuk lebih santun dalam melalui urusan seharian dengan meningkatkan tahap kesabaran bukan saja dari lapar dan dahaga tetapi juga dalam perlakuan serta adab.
Agar segala amalan diberkati, sama-samalah kita menjaga tingkah laku yang bukan hanya untuk bulan mulia ini tetapi juga menjadi sebahagian dari amalan gaya hidup seterusnya.