Ikon pop Korea Selatan, BTS bersatu dengan Free Fire oleh Garena untuk siri acara kolaborasi yang akan dijalankan di dalam alam permainan video dan banyak lagi.
Berita baik buat peminat BTS dan juga permainan video di seluruh dunia. Garena mengumumkan pelantikan ikon pop antarabangsa dari Korea Selatan itu sebagai duta global terbaharu untuk Free Fire. Kolaborasi hangat ini akan menyaksikan kumpulan muzik paling popular itu memasuki dunia Free Fire untuk sebuah acara yang istimewa hadir Mac ini. Free Fire adalah permainan video mobile dengan muat turun tertinggi di dunia pada 2019, 2020 dan 2021.
“BTS adalah satu fenomena global: tarikan dan pengaruh mereka tidak boleh lagi dipertikaikan, Kami cukup teruja untuk mengumumkan BTS sebagai duta jenama, dan tidak sabar untuk berkongsi perancangan yang akan dilakukan untuk kolaborasi ini,” kata Harold Teo, Penerbit Free Fire di Garena. “Membawa BTS untuk memasuki dunia Free Fire akan memberikan pemain-pemain lebih banyak cara untuk berinteraksi dengan permainan, dan bersosial dengan komuniti, serta menikmati pengalaman yang baharu.
BTS telah mencipta nama mereka sebagai salah satu kumpulan muzik yang paling disayangi di pentas antarabangsa. Mereka telah berjaya menambatkan hati dan pemikiran jutaan peminat mereka di serata dunia. Peminat dan juga pemain-pemain Free Fire boleh bersedia untuk siri acara da aktiviti kolaborasi, di dalam alam permainan video dan banyak lagi.
Bermula bulan Mac tahun ini, peminat boleh mendapatkan lebih maklumat mengenai kolaborasi antara BTS x Free Fire ini yang akan dikongsikan tidak lama lagi. Pastikan anda mengikuti akaun Facebook, Instagram dan juga Youtube untuk maklumat lanjut. Aplikasi permainan video ini boleh dimuat turut melalui stor Apple iOS App atau Google Play.
Foto: Garena
Baca lebih lanjut: 10 Rancangan Netflix Perlu Tonton Sepanjang Mac 2022