Pavilion Bukit Jalil bersama Siam Piwat membuka pintu kepada tiga label eksklusif dari Thailand iaitu Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT bermula 28 Februari 2022.
Thailand merupakan antara destinasi yang paling popular buat pelancong Malaysia. Dan buat yang merindui kesibukan bandaraya Bangkok, Pavilion Bukit Jalil bersama Siam Piwat membawakan tiga label eksklusif dari Thailand terus kepada pengunjung. The Icon of Connectivitiy itu kini membuka pintu tiga label eksklusif iaitu Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT bermula 28 Februari 2022.
Label ‘Made in Thailand’ ini telah mencipta kejayaan di negara jiran dengan menyaksikan kehadiran lebih sejuta pengunjung setiap tahun. Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT berkongsi ruang seluas 11,000 kaki persegi yang menampilkan personaliti kreatif dan tarikan unik setiap label yang membariskan seleksi produk yang lestari dan mesra alam. Setiap produk yang dijual dihasilkan oleh artisan lokal Thailand pada lokasi stor konsep yang berwarna-warni ini.
Pada 28 Februari 2022, satu majlis pelancaran stor konsep Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT telah diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat dari Kedutaan Diraja Thailand dan juga wakil Siam Piwat yang terbang khas dari Thailand. Turut sama memeriahkan majlis adalah wakil daripada Kuala Lumpur Pavilion dan juga Anggun Kenanga.
Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT mewakili tiga aspek kebudayaan Thai:
Ecotopia fokus dengan menyatukan komuniti yang yang mementingkan alam sekitar dengan kepercayaan “Together, We Co-Create a Better World”. Kolaborasi bersama 12 pereka-ekologi akan menterjemahkan pengalaman membeli-belah eko-sentrik seperti Seasun Society iaitu label penjagaan kulit mesra alam, juga Magfish iaitu label kraf dan seni yang menggunakan bahan kitar semula.
Absolute Siam Store fokus kepada rangkaian fesyen avant-garde yang memberikan platform buat pereka fesyen Thailand untuk mempamerkan kreativiti dan bakat pereka di pentas dunia. Terdapat lebih 60 label fesyen, seni, teknologi, dan gaya hidup yang boleh didapati di stor konsep ini. Antaranya Mahanakon, TA.THA.TA, Coralist, Sue dan Anona yang merupakan pereka fesyen yang terkenal di negara jiran.
ICONCRAFT membariskan seleksi kraf dan seni unik dari Thailand yang dihasilkan oleh 800 pakar kraftangan, pereka dan komuniti lokal untuk mempamerkan seni artisan mereka dalam konsep kontemporari moden hari ini. Dari perhiasan kemas, perabot dekorasi, kraftangan dan artifak kepada wangian serta haruman boleh didapati daripada label seperti Bangkok Baskets dan Kitt. Ta. Khon.
Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT ini menjadi penanda aras kepada Thai Precinct yang boleh didapati di Pavilion Bukit Jalil dalam memberikan pengalaman kebudayaan dan gaya hidup Thailand kepada pengunjung. Restoran konsep Sukhumvit 38 yang bakal dibuka bakal memberikan pengalaman gastronomi unik oleh cef dengan Michelin Star, juga stor LOHAS, TIANYUE TEAJOY, HOHM, DULUKINI, dan TSUTAYA BOOKS yang akan dibuka buat pertama kali di Malaysia.
Foto: Pavilion Bukit Jalil
Baca lebih lanjut: 10 Rancangan Netflix Perlu Tonton Sepanjang Mac 2022