Pentas London Fashion Week dikejutkan dengan kehadiran Ratu Elizabeth II yang duduk di barisan pertama bersebelahan dengan Anna Wintour, pengarang majalah Vogue (US) serta nama besar dalam industri fesyen dunia.
Pada Selasa (20 Februari) acara pertunjukan fesyen London Fashion Week menerima kehadiran kerabat Diraja Britain serta Ratu Elizabeth II sendiri. Ratu Elizabeth II tampil dengan dress kapas tweed berona biru pucat dan jaket beraksesori serta kristal halus aquamarine Swarovski oleh Angela Kelly yang duduk di sebelah kiri Wintour.
Pemerintah Britain ini turut mengenakan sepasang sarung tangun berona hitam. Wintour seperti biasa tampil dengan kaca mata hitamnya serta dress cetakan floral ketika duduk bersebelahan dengan monarki Britain itu.
Kedua-duanya dilihat mesra dan berkomunikasi antara satu sama lain sebelum pertunjukan slot Richard Quinn. Sebagai seorang kerabat Diraja, sudah semestinya Ratu Elizabeth menerima kusyen empuk untuk duduk menonton persembahan fesyen pada masa itu.
Ratu dijadualkan untuk menyampaikan Anugerah Queen Elizabeth II untuk Reka Bentuk British. Anugerah khas yang diwujudkan sebagai memberi pengiktirafan peranan yang dimainkan oleh industri fesyen dalam masyarakat dan diplomasi, akan dianugerahkan setiap tahun kepada pereka fesyen British yang muncul menunjukkan bakat dan keaslian yang luar biasa, sambil menunjukkan nilai kepada masyarakat dan / atau dasar mampan yang kukuh, menurut pihak istana.
Pereka fesyen kelahiran London, Richard Quinn menjadi yang pertama menerima anugerah itu. Ratu hadir ke persembahannya sebelum menganugerahkannya dengan anugerah tersebut dalam majlis khas.
Berucap kepada penonton yang hadir, “It is a great pleasure to be here at London Fashion Week today. From the tweed of the Hebrides to Nottingham lace, and of course Carnaby Street, our fashion industry has been renowned for outstanding craftsmanship for many years, and continues to produce world-class textiles and cutting edge, practical designs.”
Lawatan Ratu ke ibu pejabat London Fashion Week telah dirahsiakan dan ketibaannya yang low-key menyebabkan kegerunan di kalangan hadirin.