Suhaili Micheline (Artis Seni)
Suhaili Micheline, antara wanita 1/4 terhebat yang menjadi pilihan kami untuk tahun ini, menggelarkan dirinya sebagai Multidisciplinary Artist. Bijak menggabungkan cintanya terhadap seni lukis dan tarian menjadikan dia seorang yang amat versatil. Segalanya bermula ketika dunia dilanda pandemik, apabila dia menjumpai sesuatu yang luar biasa dalam dirinya. Terus menggabungkan seni tarinya bersama minat pada warna, Suhaili menghasilkan karya yang memberikan impak tidak terhad kepada satu acuan seni.