Mimi Fly (Penyanyi)
Mimi Fly terkenal dengan auranya sebagai penyanyi dan penghibur tersohor yang sudah berkecimpung di dalam industri seni hiburan tempatan melebihi 15 tahun yang lalu. Melangkah ke pentas dengan energi yang memukau penonton, Mimi turut merupakan seorang penulis lirik, penggubah lagu, pereka tari dan pempengaruh gaya hidup sihat yang sukakan cabaran dan ekpresi diri melalui gaya warna rambut yang pelbagai.