Kempen ‘I Am Woman’ direalisasikan bersama iNOA by L’Oréal Professionnel.
Melengkapkan penceritaan wanita hebat kali ini, Biz of RE merealisasikan kempen ‘I AM WOMAN’ bersama L’Oreal Professionnel dengan memperkenalkan produk rangkaian baharu iaitu, iNOA membawakan perspektif dunia kecantikan dan kembara dalam satu ekspedisi penceritaan yang memberi inspirasi dalam filem pendek penuh yang bakal ditayangkan pada 4 Julai 2023 tidak lama lagi.
iNOA by L’Oréal Professionnel dilancarkan pada 2009, merupakan pewarna rambut tanpa ammonia dengan rumusan kandungan formula yang diperbaharui, memberikan warna rambut yang lebih terang, keselesaan pada kulit kepala dan tahan lebih lama.