vivo Malaysia meraikan Hari Kekasih dengan kerjasama unik bersama L’Oréal Paris untuk memperkasakan perasaan “Inilah Saya” dalam diri pengguna vivo.
Swafoto perdana vivo V23e 5G kini mendapat sentuhan warna baharu iaitu Mirage Gold. Dalam mengejar detik “Inilah Saya”, vivo Malaysia bekerjasama dengan L’Oréal Paris untuk membawa semua peminat vivo sebuah kotak hadiah bersempena dengan Hari Kekasih yang eksklusif bersama V23e 5G Mirage Gold baharu.
Mengambil inspirasi daripada sebuah taman langit di oasis, Mirage Gold menceritakan perjalanan yang ditempuh oleh para penentu trend dan pengembara tengah-tengah padang pasir emas yang luas dan memancar. Lantas, mereka disambut dengan pemandangan rona warna padang pasir keeemasan dibiaskan keajaiban alam semula jadi.
V23e 5G Mirage Gold baharu ini menghimpunkan gabungan teknologi yang inovatif serta gaya artistik, dan memancarkan warna berkilauan dari setiap sudut. Melalui teknologi Satin AG, ia menawarkan kehalusan dan tekstur yang lembut untuk disentuh, namun tahan terhadap kesan cap jari.
Dikemaskini dengan sistem kamera hadapan termaju dan teknologi AI yang dipertingkatkan, vivo V23e 5G Mirage Gold memenuhi setiap keperluan fotografi dan prestasi bergaya. Ia Ia dilengkapi dengan Kamera Potret Asli Hadapan AF 44MP untuk merakam swafoto yang sangat jelas dengan fokus yang tajam tanpa mengira jarak, serta tiga kamera belakang 50MP + 8MP + 2MP selaku peneraju industri untuk pengalaman fotografi yang terbaik.
Vivo V23e 5G Mirage Gold kini boleh didapati pada harga RM1,599 bermula 12 Februari hingga 28 Februari 2022. Pembelian dari 12 hingga 20 Februari 2022 akan mendapat hadiah percuma bernilai RM528, termasuk vivo x Kotak Hadiah Valentine’s L’Oréal Paris edisi terhad, perlindungan retak skrin 1 tahun dan jaminan lanjutan 1 tahun, sementara pembelian dari 21 Februari hingga 28 Februari 2022 pula akan disertakan dengan perlindungan retak skrin 1 tahun dan jaminan lanjutan 1 tahun, bernilai RM399.
Foto: vivo Malaysia
Baca lebih lanjut: 7 Fakta Menarik Mengenai ‘Wardrobe’ Ratu Elizabeth II