Buat pertama kalinya dalam sejarah Miss Minnesota Amerika Syarikat mempunyai peserta beragama Islam dan memakai hijab.
Halima Aden merupakan seorang gadis berusia 19 tahun berbangsa Somalia-Amerika memecah tradisi dengan menyertai pertandingan Miss Minnesota dan dia mampu bertahan hingga peringkat separuh akhir.
Gadis yang dilahirkan di kem pelarian Kenyan ini minggu lalu tampil dengan burkini untuk pusingan pakaian untuk renang. Ternyata Halima kelihatan cukup menawan.
Halima berpindah ke Amerika ketika usianya enam tahun. Meskipun tidak memenangi pertandingan ini Halima berharap yang penyertaannya mampu membuka mata dan minda orang ramai yang mana kecantikan itu hadir dalam pelbagai bentuk.
https://www.instagram.com/p/BMDtZ5dgq7H/?taken-by=kinglimaa
“Ramai orang akan memerhati diri anda dan gagal melihat kecantikan pada diri anda hanya kerana anda memakai pakaian yang menutup aurat dan mereka tidak biasa dengan perkara itu. Jadi, pabila meningkat dewasa, saya hanya perlu belajar untuk membiasakan diri dengan skil masyarakat ini dan berikan mereka peluang untuk mengenali diri saya dengan lebih mendalam dan tidak menilai dari segi pakaian semata. Jadi diri kita yang sebenar,” ujar Halima kepada media antarabangsa.
https://www.instagram.com/p/BI2HSquAM4n/?taken-by=kinglimaa
Dalam masa yang sama, Halima turut mengharapkan yang penyertaannya itu mampu menukar pandangan warga Amerika kepada wanita Islam sekaligus menghapuskan sentimen Islamophobia di Amerika.