Bersempena dengan Hari Kekasih, Swatch mempersembahkan himpunan jam tangan yang tidak memaparkan momen romantik, sebaliknya meraikan wanita yang solo ataupun telah putus cinta.
Masa itu cukup berkuasa. Dan ramai percaya ia mampu untuk mengubati hati yang telah dilukai. Oleh itu, Swatch mahu meraikan lelaki dan wanita yang masih bujang dan cinta sinis bersempena dengan kehadiran Hari Kekasih. Koleksi jam tangan dan kempen kali ini menghembuskan nafas dan twist baharu pada hari cinta yang paling penting.
Edisi Hari Kekasih ini tidak memaparkan mesej romantik seperti kebiasaan. Sebaliknya, empat desain jam tangan Swatch kali ini menceritakan kisah putus cinta dengan sentuhan komedi yang penuh bergaya. Seperti sindiran yang menghiburkan buat mereka yang masih solo.
P(E/A)NSE-MOI
Edisi istimewa P(E/A)NSE-MOI ini hadir dengan tali jam merah bersama simbol cinta pada bahagian belakang. Bukan itu sahaja, jam tangan ini datang dalam kotak pertolongan cemas yang lengkap dengan band-aid yang boleh anda buka dan ubati hati yang telah dilukai.
HATE 2 LOVE
Jam tangan HATE 2 LOVE mempunyai lebih daripada satu sisi dan menggabungkan ajnas emosi. Pada siang hari, dail jam yang berwarna hitam akan menonjolkan frasa “I hate to love you”, tetapi pada waktu malam pula “I love you” akan bersinar pada dail jam tangan.
BEATING LOVE & BEATING PINK
Fesyen era 70-an tidak pernah out of style, dan cinta Swatch pada gaya retro juga kekal ke hari ini. Kedua-dua desain New Gent BEATING LOVE dan Gent BEATING PINK membiaskan gaya ini dengan garisan berwarna pelangi yang memgikuti degupan pemakai dari tali jam putih sehingga bentuk hati pada dail jam.
Swatch akan membuat anda menangis hadir Hari Kekasih tahun ini,.. dengan gelak ketawa! Usah risau jika anda tiada pasangan kerana label jam tangan Swiss ini akan mempersembahkan rancangan komedi secara langsung bersama Elena Gabrielle di IGTV dan Youtube Swatch pada 14 Februari 2021 (20:00 CET). Pelakon komedi Australia, speaker TEDx dan pemilik video Youtube “How to date a French guy” dengan 2.8 juta tontonan ini pasti akan membuat semua bergelak tawa nanti. It’s a date!
Baca lebih lanjut: Raikan Tahun Baharu Dengan Burger Gourmet Jalanan Yang Menyelerakan
Foto: Swatch