Pelan Aktiviti Bersama
Salah satu sebab munculnya rasa bosan adalah kerana tiada aktiviti yang dilakukan bersama. Banyak perkara yang boleh dilakukan di luar mahupun di dalam rumah. Anda boleh menonton filem seram atau bersiar-siar ke taman tema kerana aktiviti yang memacu adrenalin dapat menjadi alternatif terbaik buat memperbaiki hubungan. Ini kerana aktiviti seperti ini dapat memberikan nafas baru dalam hubungan sekali gus dapat mengelak rasa bosan serta menghidupkan kembali rasa cinta si dia terhadapmu!