Ajak Si Dia Mencuba Rutin Harian Yang Baharu
Melakukan rutin harian yang sama dalam jangka masa panjang pasti membuat kita bosan. Apa kata tukar rutin harian anda bersama pasangan. Walaupun hanya menukar perkara kecil seperti pergi menonton wayang pada waktu malam sekali setiap bulan, mencuba restoran baru sudah cukup untuk membuat hubungan anda berdua mesra kembali.